Latar Belakang Perpustakaan Kampung Bongkok





Perpustakaan Desa Kampung Bongkok dibuka kepada umum pada bulan Julai 2007 dibina di atas tanah wakaf yang sebelum itu merupakan tapak masjid Kg. Bongkok.Perpustakaan ini berperanan sebagai gedung ilmu dalam pencarian maklumat dan bahan bacaan kepada masyarakat setempat. Kedudukan perpustakaan ini adalah strategik memandangkan ianya berdekatan dengan sekolah,balai raya,tadika Kemas dan tidak begitu jauh dari kawasan perumahan juga rumah penduduk kampung serta terletak di tepi jalan utama kampung.
Perpustakaan Desa Kg Bongkok telah dirasmikan pada 16 April 2011 oleh DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis. Perasmian Perpustakaan Desa ini adalah serentak diseluruh Perlis. Perpustakan Desa Kg Bongkok juga merupakan Perpustakaan Digital yang telah dirasmikan pada 17 Jun 2013 oleh DYTM Tuanku Raja Muda Perlis.
Perpustakaan Desa Kg Bongkok menyediakan perkhidmatan pinjaman, pemulangan, rujukan dan kemudahan internet iaitu perkhidmatan wi-fi yang diberikan secara percuma kepada pengguna perpustakaan desa. Selain itu kemudahan infrastruktur yang disediakan ialah netbook untuk kegunaan pengguna disamping terdapat juga PC dan Printer.

Comments

Popular posts from this blog

AKTIVITI SEMPENA CUTI SEKOLAH MARCH

Maklumat Ringkas